Jenis jenis sambungan pada rod pancing (ferrule)

Fishing tips:

Jenis jenis sambungan pada rod pancing

Terdapat beberapa jenis sambungan pada rod yang dikeluarkan oleh manucfacure rod..jom kita lihat apa jenis sambung pada rod yang di keluarkan oleh pembuat rod..jika kita merujuk pada ferrules adalah tube yang pendek untuk mengetatkan peyambungan..setiap jenis ferrule ada gap di antara sambungan rod tujuannya kerana sambungan rod lama kelamaan akan terhakis sedikit semasa kita meyambungkan rod kita akan memusingkan dan menyebabkan berlakunya sedikit kehausan kepada rod..rod traditional banyak menggunakan ferrule jenis besi..

1. Jenis spigot ferrule.
*sambungan rod yang lebih advance..sambungan pada rod di didalam hollow tube rod yang nipis mengurangkan berat rod..jenis ini dapat memberikan feel yang lebih baik kepada sesuatu rod..tetapi jarang2 kita jumpa rod jenis ini..selalunya rod hollow yang nipis menggunakan sambungan jenis ini..sambungan jenis ini bagus di gunakan walaupon spigot telah haus sedikit tetapi masih mengekalkan sambungan yang baik..

2. Jenis Butt over tips
*kebanyakkan rod jenis ini adalah rod yang kasar contohnya seperti rod jigging yang menggunakan butt join..tetapi ada juga rod biasa yang menggunakan sambungan jenis ini..maksudnya tips rod lg kecil dari butt rod..female to male ferrule

3. Jenis tips over butt
*jenis ni selalu digunakan oleh pembuat rod..kebanyakkan rod yang kita lihat hari ini menggunakan sambungan jenis ini..kerana sambungan jenis ini lebih menjimatkan kos pembuatan rod..terdapat kelemahan dalam peyambungan setelah lama di pakai sambungan boleh menjadi longgar dan kadang2 tips rod boleh tercabut dari butt kerana sedikit longgar di sebabkan sambungan telah sedikit haus..male to female ferrule

Walaubagaimana pon ferrule sesuatu rod bergantung kepada kuality rod blank tu sendiri..blank yang baik akan membuatkan ferrule tu bersambung dengan baik tanpa sebarang masaalah..kebiasaan kedalaman ferrule adalah di atara 5cm ke 7cm..ianya bergantung kepada manufacture rod..sila rujuk gambarajah di bawah.

Jika terdapat sebarang maklumat yang salah di atas tolong betulkan kerana nubis baru nak belajar..tq

Comments

Popular posts from this blog

Tali Banyak Sebelah Bagi Reel Baitcasting

Antara faktor faktor Long cast bagi baitcaster