Tali Banyak Sebelah Bagi Reel Baitcasting

Tali banyak sebelah bagi reel baitcasting

1. Cara masukkan tali ke dalam spool salah
Memegang tali senget ke kiri atau ke kanan semasa nk masukkan tali ke dalam spool dengan memegang tali akan menyebabkan tali masuk ke dalam spool senget sebelah. Pasangkan dkt rod jgn pegang tali tu biarkan dkt bekas tali tu bg ada tension baru gulung atau karau masuk ke dalam spool..

2. Tali kendur/longgar dkt dlm spool.
Keluarkan tali dan masukkan balik bg ada tension sikit.

3. Wormshaft bleh gerak kiri kanan byk sgt(longgar side to side).
Lapik dengan washer dkt tepi sebelah side plate atau sebelah gear..tgk sebelah mana byk tali p..kiri atau kanan..kalau byk ke sebelah kanan lapik sebelah kiri..lapik jgn sampai terlalu ketat..cukup sekadar ada sedikit free play side to side..kalau lapik byk sgt nnt jadi ketat wormshaft nk pusing..karauan akan jadi berat sedikit..

4. Tension knob terlalu ketat atau longgar.
Balenced kan spool (kedudukan spool kena centre) jgn terlalu ketat atau terlalu longgar..tgk kedudukan spool ketika kita ketatkan atau longgarkan tension knob..kalau spool x balanced dkt baitcasting anda  boleh lapik dkt side plate atau sebelah tension knob..potong botol alluminium atau plastic..supaya spool bleh masuk centre di dalam baitcaster dan sesuai ngan setting tension knob yg kita kehendaki..

5. Teknik karau tali dari kiri atau dari kanan..
Kalau kita minat alihkan rod sebelah kiri dan karau..tali akan byk ke sebelah kanan dan akan kurang ke sebelah kiri..ini kerana pawl atau wormshaft atau spool kita longgar atau bleh bergerak side to side..ubah kedudukan semasa karau tali..dar kiri ke kanan pula..

Pengalaman peribadi saya seorang nubis yang baru nk belajar memancing..

Comments

Popular posts from this blog

Jenis jenis sambungan pada rod pancing (ferrule)

Antara faktor faktor Long cast bagi baitcaster