Cara cara mengendali kan Rod dan Reel ketika Hookup

Tips Memancing:

Di sini Nubis nak share sedikit bagaimana cara mengendalikan Rod Dan Reel jenis spinning semasa strike ikan selepas hookup..

1. Jika strike ikan jangan sesekali lifting rod melebihi 45°..kebarangkalian utk rod patah adalah tinggi..ikan kecik tidak terasa sgt bila dia tarik masih under control..tapi bila ikan besar kita x boleh nak jangka kemana ia akan tarik..kalau masa tu kita tengah lifing rod terlalu tinggi ikan tekan ke bawah x sempat nak buat apa2..prappp..sentiasa praktis atau amalkan menghala rod kekiri atau ke kanan semasa melayan ikan..sopan santun budi bahasa budaya kita hehe..ini bertujuan untuk mengelakkan kita dari over lifting rod..

2. Drag setting hendaklah pada kadar 25% dari kekuatan tali..what for? Untuk mengelakkan tali daripada putus..Ada pemancing tak suka tunggu lama2 untuk land ikan suka karau terus nak bg land kalau bole secepat yang mungkin..pemancing jenis ni sesuai guna setup kasar rod keras, reel drag tggi, tali poundage tggi..tak perlulah drag2 setting segala bagai nih boleh land ikan juga..sebab orang jenis ni beliau adalah mastar yang tidak perlu di ajar lagi..ada pemancing suka layan ikan jadi drag setting yang ideal perlu untuk pemancing yang jenis suka melayan ikan.. sila rujuk cara2 untuk mentapkan drag reel anda.. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1763476087114249&id=100003556248989

3. Jangan karau semasa ikan tengah tarik..(semasa drag bunyi).. biarkan ikan tarik..ikan berhenti menarik baru start karau..ulang langkah tadi sampai land ikan..jika ikan masih tidak berhenti menarik hookup 2 ke 3 kali lg untuk bagi dia turning back..mesti orang tnya kenapa x bleh karau ikan semasa ikan tgh tarik? Simple jer jawapan dia..apa guna drag? Nak meletihkan ikan tu supaya sng kita nak karau ikan tu naik..tak guna la ada drag kalau masa ikan tarik kita pon karau juga..lagi satu sebab tali akan twist masa kita karau tgh ikan tarik..punca nak putus tali daripada situ jika kita bermain dengan tali yang halus2..

4. Pump rod..kena tahu keupayaan rod kita gunakan tu..action vs power..sila rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1817901368338387&id=100003556248989

5. Gunakan fishnet atau gangcu untuk land ikan..

Sekian dari nubis cekubis..
If we know we share because learning will never end..
Kalau tidak bermanafaat untuk kita ia bermanfaat untuk org lain..

#GGKU #SEVENSEAS #BOC #NUA #ULTRALIGHTANGLER #NUBISCEKUBIS

Comments

Popular posts from this blog

Jenis jenis sambungan pada rod pancing (ferrule)

Tali Banyak Sebelah Bagi Reel Baitcasting

Antara faktor faktor Long cast bagi baitcaster