Rod Action vs Power
Rod Action vs. Power
Ramai angler keliru antara action dan power..byk berlaku pertikaian tentang apa yg di tulis dkt rod..ada rod yg tertera Action Ultralight tapi rating dkt rod 2-8lb..dkt action tu dh nampak kesalahan..sebab mana ada action Ultralight..action adalah betapa byk rod tu bleh melentur..ultralight tu adalah power.. di sini nubis nk explained sedikit tentang Rod action vs power. Jangan terpedaya dengan sesetangah kebanyakan pengeluar..tak tahu kita belajar sama2..kadang2 ada masta2 sifu ckp tentang backbone power la rod ni..backbone atau spine tu benda lain..dia bukan action rod..dia adalah satu posisi yg dimana kita lenturkan rod untuk mencari tulang belakang rod tu..contoh seperti kita boleh tunduk byk ke depan dari ke belakang..sama concept dkt rod menancing..ia bleh melentur lebih byk di hadapan dari di belakang..ia lebih kepada nak tentukan kedudukkan giude betul2 berada di tulang belakang rod..ok skrg kita bukan nk cerita pasal nak cari backbone..kita nk cerita pasal action dan power..Ada byk benda yang nak di pertimbangkan..seperti line dan berat umpan, Aplikasi memancing, dan plg penting skali - harga. Ada dua pekara yang paling penting iaitu rod action dan power.
Tentang Rod Action
“action” sebatang rod adalah ditentukan oleh dimana rod melentur disepanjang batang rod. Faster action rods lentur selalunya dkt hujung rod tip. Moderate action rods melentur lebih ke tengah batang. Slower action rods lentur bawah dekat bahagian butt.
Fishing-Rod-Blank-Actions
X-Fast Action
Extra Fast action rods menawarkan tahap tip sensitiviti yang tinggi dan menawarkan kuasa lebih cepat semasa hook set. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai situasi Memancing, ia adalah paling popular dengan aplikasi single hook seperti worming dan jigging.
Fast Action
Fast action rods adalah pilihan yang bagus apabila kamu memerlukan rod untuk semua jenis aplikasi pancingan. Ini kerana ia mempunya balance yang seimbang antara fast tip dan sensitivity, walaupon masih memberi sedikit power dan hook yg lembut sedikit.
Moderate Action
Denga moderate action rods kamu mempertaruhkan sedikit kurang sensitivity untuk jarak casting. Ia adalah rod terbaik untuk aplikasi treble hook seperti crankbaits kerana dengan sedikit kurang di hook set akan membuatkan lure masih berada di mulut ikan.
Slow Action
Slow action rods melentur hingga ke bawah rod, dan menjadi kurang popular dengan aplikasi memancing sekarang disebabkan oleh technology advances di dalam rod design – tetapi ultra-light dan sebahagian aplikasi fly fishing masih menggunakan rod lembut.
Tentang Rod Power
“power” sebatang rod ditentukan oleh berapa banyak tekanan yang di ambil untuk melenturkan rod. Kelainan rod powers adalah di reka untuk mengendalikan sesetengah berat lure dan saiz line.
Untuk memilih rod power yang akan memberi kesan terbaik untuk anda, cuba kecilkan pilihan kamu iaitu rods designed untuk melontar berat yang di kehendaki – dan size lines – yang kamu selalu gunakan.
Sesetengah pengeluar batang rod akan menawarkan keunikan power rating untuk specific rods dan penggunaan, tetapi didalam kebiasaan, rod powers boleh di classifikasi seperti di berikut:
1) Ultra-Light (UL)
– Tidak melebihi 6lbs.
– Contoh: 1-3,1-4,1-5,1-6,2-4,2-5,2-6, 3-6,4-6
2) Light (L)
– Tidak melebihi 12lbs.
– Contoh: 2-8,2-12,3-8,4-8,4-12,6-12,4-10,1-7,1-8 dan sebagainya
3) Medium (M)
– Tidak melebihi 18lbs.
– Contoh: 6-15,8-14,8-16,8-17,10-18 dan sebagainya
4) Medium-Heavy (MH)
– Tidak melebihi 25lbs.
– Contoh: 8-20,10-25,10-20,15-25 dan sebagainya
5) Heavy (H)
– Tidak melebihi 30lbs.
– Contoh: 10-30,15-30,18-30,20-30 dan sebagainya
6) Extra-Heavy (XH) 25-50lbs
– Tidak melebihi 50lbs.
– Contoh: 25-50,30-50,20-50 dan sebagainya
7) Ultra-Heavy (UH) above 50lbs
– Melebihi 50lbs dan sebagainya
Seperti yang anda bayangkan, lebih power aplikasi memancing anda diperlukan, maka lebih lagi senarai rod power yang anda patut memilih.
Sebagai contoh sahaja, kalau kamu nak memancing ikan puyu, pilih lah Ultra-Light. Sebaliknya, kalau kamu nak memancing ikan jaws, pilih lah Extra Heavy power. Sesuaikan setiap aplikasi pancingan anda.
Sekian coretan daripada nubis yang baru nk belajar mengenal dunia pancing..
Credit to Ultralightangler, mudhole & st.croix
Salam, nak tanya mekong 20kg kalau pakai rod 10-25lbs lepas tak?
ReplyDelete